Wednesday, 12 November 2008

Sejarah kejatuhan kumpulan gagak hitam

maka seperti yang telah aku janjikan semalam, aku akan bercerita kepada anda semua mengenai sejarah kejatuhan kumpulan gagak hitam. mungkin ade yang dah tau. tapi ade gak yang masih belom tahu. so skang aku akan cerita sedetail yang mungkin. sebenarnye ia semua bermula pada suatu malam, ketika kami(ahli kumpulan gagak hitam sedang merempit di kawasan jajahan(territory/turf) kami. tiba2 datang satu kumpulan gengster lain, kumpulan tu nama dia kumpulan mawar berduri. derang ajak race, rempit. losers walk home, n hilang hak terhadap turf tuh.

kumpulan mawar berduri ni semua ahli dia perempuan. korang bayangkan, perempuan pon terer merempit, siap ajak kitorang race lagi tuh. kami pon takkan la nak tolak kot, tak jantan la!! so kami pon terima la cabaran tu, terbakar dek darah muda masing, dan kami pon bersedia utk berlumba. berikut adalah gamba2 time plumbaan sambil disertakan cerita sikit2.

dari kiri : malek(GH), mira(MB), aku(GH), yem(GH), naim(MB)
**GH: gagakhitam MB: mawar berduri

MB menghantar mira slaku ace rider derang, walaupon sebenarnye ketua kumpulan mereka ialah mirza. mirza lepak je tgk kot tepi. ye aku tau naim ialah seorang laki, tapi aku tatau cmne dia leh jadik ahli MB. hahahaha. so dgn itu perlumbaan pon bermula la lah.



kami mempunyai good starting, yang mana malik telahpon mendapat headstart, aku plak no2. 1-2 starting, power la tuh. kalau dlm F1 mmg bes btol tuh. 1st driver bleh run free 2nd driver plak bleh hold driver blakang2. tanpa tanda tanya malik tlah mdapat headstart sebab dia awal2 lagi dah buat aerodinamik yang mantap, aku plak walaupon tak start lagi buat gaya aerodinamik, berjaya gak no2. yem plak dah buat aerodinamik, tapi dia dah kat lap belah dlm, kire bes gak tuh. naim aku tatau la dekat mana. enjin mati kot, sbb lepas clutch byk sgt. haha

perlumbaan diteruskan lagi, ade gak gamba2 ketika perlumbaan yang mempamerkan usaha dan kesungguhan kami. berikut gamba malik dan yem yang terus menggunakan teori aerodinamik mereka.



tapi malangnye walaupon kami dah ade headstart yang bagus, skill mira terlalu power, dia punye corner, pergh cecah siku beb. kahkahkah. kami terpaksa akur dengan kekalahan dan ketereran mira merempit.

wajah2 kecewa ahli kumpulan gagak hitam jelas terpapar. panas je tgk mira dapat kalung dan bendera kejohanan. naim plak sronok lebih walaupon bukan dia yang menang, mentang2 la ahli kumpulan dia yang mng. so dgn kekalahan itu, kami bukan saja kehilangan turf kesayangan kami, malah kekalahan motor rempit kami, sbb losers walk home kan. so semenjak dari tu susah la kami nak carik makan, sbb motor pon dah takde, aktiviti pon makin slow, lama2 kumpulan gagak hitam terkubur begitu sahaja. mungkin lain kali saje, kami akan cuba mencarik masa untuk muncul kembali.

oh ye sebelum aku terlupa kredit gamba diberi kepada jurugambar kami, encik rifa. time kasih la byk2, dahla aku amik gmba dia, siap hotlinking secara haram plak tu direk dari flikr dia. kahkahkah.

sekian saje sejarah kejatuhan kumpulan gagak hitam. takleh nak tulis panjang2 sbb aku tgh pening kepala ni ecceli. kenapa aku pening kepala? haaa tu ade gak ceriter nye. tapi nex post jela ye. bila tu aku takleh nak kompemkan lagi. ok lah. semoga terhibur rakan2. wassalam




5 comments:

rifa87 said...

kahkah...lawak giler tguling-guling.
Bleh jadik pak kaduk a ko.Gmbr amik jee..dont worry be happy.

incik neng said...

kau kalau bagi jalan dulu pon blom tentu menang lagi aaa ,mmg gagak itam aa haha-nice work dude

totti 10 said...

jangan main giler beb
ini mira
kalau ko racing, ko jalan sebatu
awal pon ko blom tentu bleh makan
lagi
pakai la motor 125 ko yang dah kne
curik 2kali tu pon
susah!!
haha

paNavia said...

sakit perut aku baca entry nih..
lagi sakit pas nengok gambar2 merempit tuh..
ahahahaha...

AZIAH AZMEE said...

hahahah~ lawak gile! :P