Monday, 10 November 2008

Blog saya bebas-tag

ok disebabkan hari ni sudahpon selasa, maka aku nak membuat la satu lagi posting baru. kang lama2 sgt tak tulis makin ramai plak tanye bila nak pos baru, smakin risau plak anda semua. haha. so mengikut perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa saya hari ini mengisyhtiharkan blog saya immune/bebas/kebal/anti-tag. haaaa, power tak aku punye format penulisan surat rasmi, dah buleh dpt 2markah dah tu kat pendahuluan. ok skang kite masuk isi plak

kelmarin aku telah melewati blog incikneng nigga, dan telah mendapati saya ditag, kahkah menyesal btol ako masuk blog neng, tanak la aku masuk blog dia, dahla byk gmba dia, kalau ensem sket dari aku takpela jugak. blom ckp pasal berat badan lagi. hahaha.ok la, dah2 la tu kite mengata neng. smlm plak tiba2 cik fatin plak tiba2 shout kat msgbox ckp aku plak dah kne tag, siap kne amik2 gamba plak tu. dan di kala aku tengah mnulis blog ni pon, ym deida tiba2 je muncul dlm skrin aku ckp aku dah kne tag. 3tag dlm 2hari. ini sudah lebeh!! :D

so aku pon bpikir kalau mnde ni aku tak lawan sejak dari mula lagi, maka mnde ni akan smakin merebak2, dan aku akan menghadapi risiko utk tjebak. bile aku dah tjebak kang makin payah la plak kan. so better aku jangan mulakan. kepada incikneng dan cik fatin jangan la kecik hati ye kalau saya tak tulis tag. yela kalau asik main2 tag je kang, ape plak perasaan follower2 blog aku nih, baru je bharap nak baca entry2 menarik, tiba2 ade entry aku tulis pasal my first love la, my first kiss la. kahkahkah

ok skang ni aku tlah decide bahawa nama yang paling sesuai ialah bebas-tag. ape itu blog bebas tag. mari saya huraikan
  1. blog ini dan tuannye tidak buleh ditag, dan sekalipon ia telah ditag maka tidak berkewajiban utk aku menulis dan mengambil kisah.
  2. blog ini tidak buleh mengetag blog/orang lain. muktamad
ha ade dua je. sng kan?
akhir kalam saya sekali lagi mengisyhtiharkan bahawa blog saya bebas-tag. kepada rakan2 yang berminat utk menyertai saya, mari kite buat persatuan blog bebas-tag. logo baru diperlukan. kahkahkah. wassalam

2 comments:

chomelista homestay said...

Cehhhh dadih tu!
Poyo la hang totti!
Xkira, mu kena jwb tag aku,
nnti aku kecik usus plak!
Mu bkn nya nak pujuk aku! Sob!

~musim tag mengetag ni sesekali je dtg.. lalalaa~

totti 10 said...

ala
tanak la musim2 tag nih
kalau musim mengawan ke
aku layan la
haha