Monday 19 January 2009

My first love story

berdasarkan tajuk di atas, itulah yang aku nak bincang dan ceritakan dlm entry kali ini. kisah mengenai first love aku. mcm mana aku jumpa dia, dan siapakah orang itu. haha. jadahnye aku nak citer pasal first love aku, takde keje sgt dah kot. aku sebenarnye mengalami satu masalah yang begitu mendatangkan efek kepada depresi hidup aku.

smlm aku cuba donlod citer the mentalist episod no13 pakai akaun rapidshare aku, skali takleh plak. aku nak login akaun aku dia kata password aku salah, padahal aku mmg sgt la kompem mmg itu akaun aku. ok lah takpe, aku pon cuba la retrieve pword, masukkan address emel aku, skali dia kata akaun aku doesnt exist, pala juboq apa RS nih. nak kata expired 29hb ni baru expire, bila aku antar repot, dia bagi aku tiket, kata tgh bz nnti baru dia baca komplen aku. kimak btol staff RS nih. skang ni still no reply

so skang nih aku tpaksa la mdonlod series2 baru pakai torrent je. torrent ni mcm kurang bes la sket sbb kalau barang2 panas ni seeder tak ramai, slow la sket. tu yg aku mls tu. hari ni dahla ade episod baru gossip girl, cmna aku nak donlod laju2 ni wehhhhhhhhhh. waddaheng btol la.

Monday 12 January 2009

Ape korang buat kalau korang ade mmber yang perasan Domyoji

ape yang aku nak bincangkan pada entry kali ini ialah sama seperti tajuk yang tertera di atas. kalau korang pada kedudukan aku nih, ape korang buat? bila ade salah sorang dari mmber korang rasa dia macam Domyoji. ok lah aku nak bercerita serba sedikit mengenai profile dia nih. dia ni dilahirkan diberi nama nasri. orang panggil dia kuyu. tapi skang nih dia nak org panggil dia samir kuyu plak.(samir nasri pon dia nak gak) takpela abaikan dulu pasal samir, kite fokuskan pasal domyoji pada entry kali ini

dulu rambut dia nih kerinting2 sket tapi skang dia dah rebonding, so rambut dia dah agak panjang2 la sket. pastu baru2 nih dia buat cutting2 rambut yang mcm org2 jepun sket tuh. ala korang tau la cmne cutting tuh. cutting org tak mandi pagi. haaa...mcm tu la. so skang ni dia dah mengaku dia ialah domyoji.

dia nih kisah cinta dia agak sdey, direjek byk kali oleh perempuan yang sama, yg mana aku mls la nak ckp sapa pompuan tuh kan. seingat aku pon dia ni tak penah ade gepren kot. yela aku taula sapalah aku yang tak penah ade gepren dlm masa 6tahun kebelakangan ni nak kutuk dia. so aku pon malas la nak komen lebih2 pasal love life dia. ape2 hal pon, ape pendapat korang kalau korang berada dlm kes mcm aku nih? aku kepilkan lah skali beberapa gmba utk korang buat pertimbangan

ini ialah kuyu a.k.a samir kuyu a.k.a domyoji wannabe
**gmbar ini ialah hasil edit drpd gmba asal dari blog haris


ini ialah the real domyoji

oklah, sampai di sini sajalah rakan2. slamat terhibur. sekian wassalam

Sunday 11 January 2009

Drama review-how i met your mother

sapa dah tgk citer "definitely, maybe"? haaa bih kurang begitu lah criter dia. cuma filem "definitely maybe" tu mcm byk sdey2, kurang lawak2 spastik. kalau HIMYM plak lebih byk kepada lawak2 spastik pecah perut. so far ialaah komedi series yg paling lawak pada aku.

aku akan senaraikan dua char feveret aku bagi stiap drama series yang aku suka. sbb ape char dlm sesuatu citer tu penting? sbb kadang2 ade certain2 case korang bukan nak tgk citer tu sbb nak tau citer tuh, tapi lebih kepada nak tgk char tuh. contoh paling dekat ialah serena vander woodsen. oh serena :x hehehehe. watak utama dlm series ni aku rasa ialah ted mosby n robin scherbatsky.

tapi watak feveret aku ialah barney stinson n robin scherbatsky. barney dlm citer nih lawak giler babis. legendary womanizer, hook up master. mcm2 skill dia nak hook up yang buleh buat korang tgelak tak hengat dunia. robin plak aku pon malas la nak ckp, msti lah sbb hot, lawa, seksi, cumel, aaaaa pandai2 la. dia juga seorang yg leggy spt yang korang leh tgk dlm gmba. hemhemehmeh.

rating utk series ni kalau 5bintang ialah markah penuh, aku bagi 5bintang
rating 5/5
must watch
:D

adios amigos

Saturday 10 January 2009

Ari minggu yang sengal

Owh sangat tensen. barang2 yg aku beli secara online tidak sampai2 lagi. barang 'itu' masih tak smpai lagi. arang sisha yang aku oder pon dah seploh hari tk sampai2. esok dahla aku cuti lagi. drama series pon hampir abes sume aku dah tgk. dah tkde mnde nak tgk dah neh.

dahla smlm plan nak main bola kol330. cuaca smlm sgt bes la. dia sebnarnye sejuk. tapi cahaya matahari dia terik. itu nama dia sinaran matahari tipu. tapi at least buleh buat aku terasa mcm panas. skali buleh plak salji turun kejab sket2. pastu dia berenti. so sume org pon tahu la kan apa terjadi bila selepas salji turun, penurunan suhu mendadak serta angin yang kuat. so kansel lah aktiviti permainan bola pata ptg smlm

atas permintaan peminat2 aku pon kepilkan lah gmba ketika aku mengisap sisha menggunakan serpihan2 arang terakhir akuh. hehehehhehehe



esok aku rasa aku nak tulis lagi satu entry pasal drama series2 yang aku dah mengabeskan masa aku layan. sbbnye aku pon takde ektiviti sgt kan
so long, suckers(ckp smbil buat bunyik cm homer simpson)

Wednesday 7 January 2009

Ape yang aku buat spanjang winter holiday

ok lah. aku nak bercerita mengenai ape yang aku buat spanjang winter holiday
ape yang aku buat ialah

1.tido
2.makan
3.tv series
4.movie

ha itulah mnde2 yang aku buat. perbuatan itu tak mengikut turutan. buleh jadik shuffle2.
so tak payah la aku tulis byk2 utk entry kali ni. yahuuu.

owh ye, tak lama lagi aku bakal ade hobi baru. tapi hobi tu tidak tiba lagi
nnti bila hobi tu dah tiba, aku criter okeh
adios amigos